Saturday, March 26, 2011

MARI BERHAMBA-HAMBA

Okay idea dapat daripada blog sahabat karib aku Fathia azalin. Marilah kita berhamba-hamba! Kihkihkih.



Assalamualaikum hamba ucapkan kepada semua kaum muslimin dan muslimat =) Hamba dah isi borang upu, susah betul nak pilih mana satu course yang hamba nak. Hmm tapi dengan bantuan Encik imascu, hamba dapat buat pilihan dengan senang tanpa halangan (kecuali kalau internet tak betul)



Hmm hamba harap, pilihan hamba tak salah, sebab hamba pilih berdasarkan minat hamba sendiri. Hamba jugak dah tanye pada ibunda, ayahanda, kakanda dan juga adinda, pokoknya (heh?) semua ahli keluarga hamba, dan mereka sokong 100%. Tapi kalau dapat selain daripada 8 pilihan tu taktaulah kan, hamba tetap terima jugak dengan redhanya :) Hee. Hamba yakin, itulah yang terbaik yang Allah SWT putuskan nanti buat hamba.



Sorrylah semua, hamba dah janji nak post pasal trip ke Kedah haritu. Hm tapi pc ni dah diformatkan semula kerana Encik Virus begitu rakus memakan maklumat2 dalam pc ni. Kesian.. =,= Jadi tak dapeklah hamba nak cerita kat sini. Tapi bagi sesiape yang nak tau pasal trip tu, bolehlah anda semua melawat blog adinda saya, Fatimah Zahra.


Sekian terima kasih :) Nak pergi Tanjung Malim ni! Hehe

1 orang tergoda:

fathia azalin said...

hamba benar benar tergoda ;D