Assalamualaikum..
Salam sejahtera, kepada anda semua moga berbahgia~ Di hari yang indah lagi mulia~ Haha cukup! cukup! Kan dah terkeluar lagu Rabbani.
Okay ini cerita lama sebenarnya. Bagi mengelakkan blog aku ini bersawang dan berbau busuk kerana meninggalkan sisa-sisa post yang dah lama hehhh. Aku pun updatelah, walaupun ini cerita 3 minggu lepas haha.
Mengapa aku cakap 'Jangan Pakai Baju Sponsor' ? Sebab nanti korang akan dapat malu macam aku. Entah berapa banyak kali aku perlu lalui sangat kemaluan dalam hidup aku ni pun aku taktau. Haha.
Baju sponsor yang aku maksudkan harini ialah baju Citrawarna 1Malaysia yang berwarna kelabu. Baju tu baju adik aku, Nabilah. Dia dapat free sempena Citrawarna tahun lepas sebab dia join tarian Sewang untuk parade tu. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari aku pakailah baju ni masa kerja kat kedai mak aku. Alhamdulillah, haritu ramai customer. Tapi!
Tapi yang tak bestnya, ada pulak beberapa customer yang pakai sama baju macam aku
=____='
Yang kelabu tu adalah baju Citrawarna. Ada tercop Pak Ngah Production kat situ, sebab production dia yang ajar adik aku dan yang lain menari. Sampai sekarang aku boleh ingat tarian dia, sebab dia ajar kat tengah-tengah tapak perhimpunan sekolah, hehehe. So semua orang excited nak tengok xP
Kenapa mesti diorang pakai baju sama macam aku? Haha. Mungkin haritu rezeki diorang untuk menjadi comel seperti aku xP Sebab tu mereka inginkan persamaan hahaha. Okaylah kau takyah nak perasan sangat lah.
Pelanggan #1 :
(Dari jauh aku dah nampak anak lelaki makcik ni pakai baju sama dengan aku, aku cuba untuk buat bodoh, hehhh)
Me : Cik, ni air suam cik mintak.
Pelanggan : Terime kasih, eh, abang, tengok baju abang same dengan baju dia!
Anak lelaki : Hmm heheh
Me : +__+ Hehehehehe ni baju adik.
Pelanggan #2 :
(Yang ni pun dari jauh dah tau dia pakai baju sama, hmmm)
Me : Makan sini ke? Bungkus?
Pelanggan : Makan.
Me : Minum?
Pelanggan : Milo ais. Waaa baju kita same, citrawarna! *sambil tunjuk2 baju dia kat aku*
Me : Heheh ni baju adik ni.
Penat aku yakinkan diorang yang ini baju adik aku, supaya tak terasa sangat malunya tu. Aku harap diorang percaya, hmm haha.
Till here,
Lots of love Always =)